Disatukan oleh

Cinta terhadap Kembara

Kami adalah sekumpulan individu yang bersemangat dari serata dunia dengan 1,500 pekerja dan 50 kewarganegaraan.

Sentiasa terus maju

Kami adalah sekumpulan individu yang berbakat dan bersemangat dari serata dunia. Kami tidak gentar untuk berinovasi atau mencuba perkara baharu, dan komited untuk menggunakan teknologi bagi memudahkan kerumitan perjalanan. Sebahagian daripada keluarga Kumpulan Trip.com, Skyscanner beroperasi secara bebas dengan rancangan besar untuk masa depan perjalanan.

Budaya kami

Setiap hari kami...

1. Mengutamakan pengembara. Kami suka melancong dan inilah yang menyatukan kami.

2. Belajar, berkongsi dan berkembang. Kemahiran, pengalaman dan latar belakang yang berbeza membantu kami berkembang.

3. Sentiasa prihatin. Melayan satu sama lain dengan penuh empati dan hormat. Kami capai kejayaan bersama-sama.

4. Memudahkan urusan. Membina perkara yang menjadikan perjalanan mudah dan mudah diakses.

Temui pasukan yang memimpin perubahan ini

Bryan Batista

Ketua Pegawai Eksekutif

Sebagai CEO Skyscanner, Bryan memimpin misi untuk menjadi rakan kongsi perjalanan terbaik dunia. Beliau bekas pemegang jawatan kanan di Booking.com, Tesla serta COO kami. Beliau terkenal sebagai pencinta makanan bervisi global dengan strategi yang mantap.

Laurence Tracol

Ketua Pegawai Kewangan

Laurence ialah CFO Skyscanner, dengan lebih 25 tahun dalam bidang teknologi dan e-dagang di serata Eropah dan Lembah Silikon, termasuk eBay. Kemantapan strategi dan komunikasinya memacu pertumbuhan pintar ke arah mencapai misi jangka panjang kami.

Piero Sierra

Ketua Pegawai Produk

Piero berpengalaman membina produk pengguna yang cemerlang di Skype, Microsoft dan banyak lagi. Beliau merealisasikan prinsip mengutamakan pengembara dengan membantu perancangan perjalanan di telefon bimbit atau desktop menjadi mudah, lancar dan cekap.

Martin Nolan

Ketua Pegawai Undang-undang

Martin mengetuai pasukan Perundangan, Kawal Selia dan Hal Ehwal Awam, selain suara penting industri di Eropah dan Amerika Utara. Bekas peguam korporat sektor kewangan, M&A dan ekuiti swasta ini pejuang ketelusan dan kepercayaan dalam industri perjalanan.

Clive Peoples

Ketua Pegawai Pemasaran

Clive meneraju pemasaran global Skyscanner, membentuk cara pengembara melihat dan berhubung dengan jenama kami. Bekas pemegang jawatan kanan di eBay dan Expedia, beliau menggabungkan naluri kreatif dengan pengetahuan prestasi untuk menonjolkan Skyscanner.

Naomi Hahn

Naib Presiden Data

Naomi mengetuai strategi data, mengubah idea menjadi impak sebenar. Beliau mentor dan pendukung kepimpinan wanita, selain membina pasukan cemerlang yang mengutamakan kemanusiaan. Pimpinannya di AutoTrader memacu pertumbuhan jualan, produk dan pemasaran.

Andrew Phillips

Ketua Pegawai Teknologi

Andrew menyertai Skyscanner sebagai graduan dan telah 12 tahun berkhidmat dalam bidang kejuruteraan. Beliau kini memimpin pasukan global dan memperjuangkan budaya kami, dengan tumpuan untuk memupuk bakat teknologi dan pemimpin masa depan dari dalam.

Ola Sroka

Naib Presiden Strategi

Ola berperanan menetapkan hala tuju strategik, mengesan peluang pertumbuhan dan memastikan kecekapan. Beliau berpengalaman mengetuai pasukan teknologi dan fintech, dengan wawasan global daripada BCG. Beliau juga penggemar aktiviti Pilates dan berkhemah.

Cat King

Naib Presiden Komersial

Lebih 15 tahun dalam industri pelancongan, Cat mengetuai pasukan komersial global Skyscanner bagi penerbangan, hotel dan kereta. Beliau berperanan penting dalam membangunkan pasukan berbakat yang kini menyokong lebih 1,200 rakan kongsi di serata dunia.

Phil Donathy

Naib Presiden Pasaran Penerbangan

Phil mengetuai pasukan Pasaran Penerbangan Skyscanner. Beliau pakar dalam bidang teknologi perjalanan, dan bersemangat dalam bekerjasama dengan orang dari seluruh dunia untuk terus meningkatkan cara pengembara meneroka dan menempah penerbangan